Offline

Apakah Pendidikan Khas

riamarteen2010 on February 6th, 2012. Under Pendidikan Khas ( Learning Disability)

APAKAH PENDIDIKAN KHAS?

PENGENALAN

Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji danbagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagaiperbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang.

Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai‘kanak kanak berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah rendah atau menengah.

Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan khas, adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar pakar dalam bidang:

Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.

Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,

Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:

> SIAPA? – Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentangpsikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu.

> APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalahpenglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri,
membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gauldengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu.

DI MANA? – Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolah berasingan.

Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.

Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapatbelajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

SUMBER: Internet

P/S: Saya temui maklumat ini melalui internet suatu masa lalu dna tidak mengingati sumber utamanya. Silalah hubungi saya jika empunya asal maklumat ini ingin meletakkan link asalnya di sini sebagai rujukan atau meminta saya tidak ‘copy dan paste’ di sini. TQVM

Pekeliling 1M1S

Tahun ini Teacha ada dua puteri yang cantik…  Satu Leesa yang didiagnostik ADHD dan satu lagi Veee yang didiagnostik Autisma.

 Siapa yang diagnostik mereka ni? Bukan Teacha tau, bukan juga guru – guru yang lain… guru bukan pengamal perubatan mahupun orang yang layak mengesahkan seseorang murid itu Autisma / ADHD / Slow Learner dan seumpamanya…

Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik berlaku ke atas guru, usah sesekali berani melabelkan atau mengesahkan sendiri anak murid kita itu Autisma/ADHD/ dan seumpamnya…. guru hanya boleh membuat semakan / ujian awal dan doktor / pakar psikiatri yang sahkan. Yeelah, sekarang ini ibubapa murid semuanya tahap educated., nanti kena saman tau….  so jum kita berhati – hati … ;-)

Bagi guru – guru khas mungkin kurang sikit risikonya. Cuma untuk guru – guru perdana yang kurang pendedahan bolehlah merujuk kepada guru – guru khas. Setidak pun kalau tidak guru khas di sekolah anda, anda boleh mencari senarai semak awal yang ada di internet ini…. belajarlah…. Ingat! Jangan nak label anak orang… ;-)

Si Cantik Leesa

Berbalik kepada Si Cantik Leesa. Sejuk saja mata memandang…. Macam mana nak mengendalikan Leesa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran erk… Leesa umpamanya, suruh dan menyediakan dia buat kerja mengambil masa 10 minit, tumpuan untuk melaksanakan tugasaannya cuma 5 minit… Apapun itu sudah cukup baik. Alhamdulillah.

 

Membina Sistem

Di peringkat persekolahan seorang ADHD agak ‘kucar – kacir’ (disorganized) sifatnya, di mana mereka belum dapat mengurus diri mereka. Seperti menjaga alat tulis mereka sendiri, menyimpan semula buku sendiri ke dalam bag.

Sehubungan dengan itu, kerjasama ibubapa dan guru di sekolah amatlah perlu untuk membina satu sistem untuk anak ini. Seperti dalam membezakan buku mata pelajaran mereka dengan menggunakan kod warna. Kod warna dilekatkan di atas buku ( bagi kes anak yang belum boleh membaca).

Begitu juga dengan ‘menjaga’ harta sendiri. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.

Kreatif dan Fleksibel

Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah p&p yang konservatif.

Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan… Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya…mengapa tidak…

Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book  dengan intonasi dan emosi…. ;-) .

 Tugasan Manipulatif

Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu)… ;-)

 Kontak Mata

Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya.

 Sumber:

1. Pengalaman

2. Internet

Bismillahirahmanirahim….

Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an… eh adakah 20 an… ;-) . hehehe….

Seperti kebiasaan, awal tahun adalah ‘proses kritikal’ sebahagian daripada ibubapa, guru dan juga murid itu sendiri terutamanya mereka yang masih baru dari segi pengalaman.. Umpamanya, ibubapa muda yang baru pertama kali mendaftar anak dan mengurus anak ke sekolah. Guru yang baru pertama kali mengajar di sekolah itu atau mungkin juga baru bertugas sebagai guru… dan tidak lupa juga kepada murid…. murid prasekolah dan juga mungkin murid tahun satu yang masuk ke pengalaman baru….

Yeah, masing-masing ke satu lagi fasa kehidupan… yang menjanjikan seribu satu warna yang mendewasakan…

Awal – awal tahun begini perkara biasa yang dihadapi oleh guru ialah ekspetasi kepada kemahiran dan perkembangan sedia ada murid. Setiap murid terutama murid murid tahun prasekolah dan tahun satu seharusnya sama dari segi perkembangan mereka samada dari segi perkembangan emosi mahupun  akademik.

Maksudnya, kebersediaan mereka untuk ke sekolah sudah ada di setiap individu murid. Dan kebersediaan ini merangkumi kecepatan mereka mempelajari kemahiran pengurusan emosi, pengurusan diri dan apa jua yang guru ajarkan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi semua individu.

Dua minggu persekolahan adalah terlalu awal dalam menilai perkembangan murid terutamanya bilamana kebanyakkan murid yang datangnya daripada latar belakang ‘kampung’ dan tidak pernah pun bersekolah sebelum ini atau belajar itu bukan budaya di rumahnya.

Latar belakang adik beradik juga bukan satu lesen bagi kita untuk cepat memberi kesimpulan awal bahawa satu-satu murid yg baru bertatih ke sekolah itu juga mewarisi ‘kelembapan’ atau kurang tumpuan saudaranya dalam belajar.

Bagilah peluang untuk diri sendiri mempelajari ‘sifat dan sikap’ anak itu dalam menilai potensi perkembangannya. Jika tempoh, usaha dan proses sudah disepakati barulah buat kesimpulan.. ;-) Setelah itu barulah kita usahakan untuk membantunya mengikut keperluannya.

Keterlibatan dan Pemakluman.

Perkara terawal yang boleh diambil ialah ibubapa harus dimaklumkan apa yang ‘sedang berlaku’ terhadap anak mereka di kelas. Komunikasi yang baik diantara ibubapa dengan guru adalah penting agar perkara sebenar sampai maksudnya. Bagaimanapun, sebelum itu perlu ada rujukan dengan guru – guru yang pernah yang mengajar anak murid tersebut ( jika ada ) berhubung dengan sejarah prestasi akademik mahupun bukan akademik murid itu. Ini perlu bagi menunjukkan guru ada fakta dalam memahamkan ibubapa.

 

Mintalah Bantuan.

Jangan malu untuk minta bantuan daripada rakan sejawat terutamanya guru – guru pendidikan khas yang ada di sekolah atau pun di sekolah sebelah. Minta mereka membuat pemerhatian terhadap murid itu samaada jangkaan kita betul atau tidak. Pada biasanya seorang guru pendidikan khas integrasi mudah untuk mengenal pasti murid khas pada ‘pandangan pertama’. Bagaimanapun tahap ‘Learning disability’ murid itu perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan bahawa anak murid itu boleh terus di kelas perdana atau ke kelas khas.

Selain itu, guru juga boleh meminta bantuan daripada pakar psikiatri mahupu pengamal perubatan lainnya. Namun dalam konteks sekolah integrasi, perkara ini boleh dilakukan dengan kerjasama guru pendidikan khas yang ditugaskan.

Internet juga antara sumber maklumat yang mudah bagi kita dalam mencari bantuan. Selain daripada membantu dalam persoalan kita maklumat dalam internet yang berkaitan boleh menambah ilmu pengetahuan kita mengenai anak – anak khas ini. Ilmu adalah penting untuk kita lebih bersedia dan juga sebagai langkah awal yang boleh kita lakukan sebelum meminta bantuan lainnya.

 

Bersabarlah, Belas kasihanlah dan Fahamilah

Tiga ungkapan yang bukan mudah untuk dilakukan oleh semua orang dalam satu – satu situasi apalagi dalam kita menangani seorang murid yang hyperaktif. Bagaimanapun itulah perkara yang perlu kita lakukan dalam tempoh urusan mengenalpasti dan juga penempatan muri ini.

Bersabarlah – Bersabarlah dengan karenahnya. Kalau dia lari keluar dari kelas maka kejarlah dia. Terpaksalah mengorbankan yang lain tinggal dalam kelas buat sementara waktu. Kalau dia tidak mendengar kata, bersabarlah bukan dia tidak mendengar kata, sebaliknya boleh jadi dia tidak memahami kata kita….

Belas Kasihanlah – Kasihanlah dia dan jangan marahkan dia semena – menanya. Dia pun tidak tahu yang dia itu ada ADHD. Kalau kita marahkan dia dan dia tiada respon maka kita sendiri yang naik tekanan.. ;-)

Fahamilah – Fahamilah keperluannya dan limitasinya. Tidak mendengar kata kita bukan bermakna dia tidak akan mengikuti semua kata kita. Dia akan ikut kata kita namun dalam tempoh yang singkat memandangkan limitasinya dalam tumpuannya. Bukan dia malas… itulah limitasinya… Berdamailah dengan dia bukan membuat provokasi.

 

Bina Peraturan Yang Konsisten

Samada murid perdana mahupun murid khas guru perlu menyediakan peraturan dalam membentuk disiplin murid. Bagi murid khas terutamanya murid ADHD yang kita ketahui lebih kepada masalah tingkah laku, peraturan yang jelas dan konsistensi adalah perlu.

Mereka memerlukan jadual berstruktur untuk memperingati perkara yang mereka perlu lakukan dan patuhi setiap hari. Tetapkan matlamat yang mudah untuk dicapai dan laksanakan secara konsisten.

Usah biasakan memberi ganjaran berbentuk fizikal seperti hadiah pen. Usahakan ganjaran seperti duduk di kerusi guru (menunjukkan kita caring padahal kita nak kawal dia.. ;-) ), membaca / membelek buku kegemarannya atau menggunakan komputer untuk pembelajaran.

Mudahkan dia mencapai matlamat dan Raikan kejayaanya.

Fitrah manusia sangat bahagia bila mencapai matlamat dan juga kejayaan. Begitu juga murid-murid khas ini. Bagaimana mereka mencapai kejayaan? Mencapai matlamat dan meraikan kejayaan ?

Kita permudahkan dia mencapai matlamatnya dengan memudahkan targetnya. Jika murid perdana kita selalu ingatkan ‘A’ adalah pencapaian terbaik, bagi murid khas kita ingatkan bahawa ‘C” adalah pencapaian. Bukan merendahkan mereka, kita harus praktikal dan realiti dalam menetapkan matlamat untuk mereka seupaya dengan limitasi mereka.

Apabila matlamatnya tercapai, jangan lupa meraihkannya. Self esteem mereka mula meningkat. Berikan peransang kepada murid ini dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasakan dan meraihkan kejayaan. Dengan itu, InsyaAllah akan mudah untuk goal seterusnya.

Hai, ada dua lagi entry Teacha masih dalam senarai draft…. Dalam mencari idea-idea post Teacha terjumpa ini….

bodysoxMacam best kan… benda ni diperbuat daripada kain lycra… ermm..kalaukain lycra maksudnya kain yang buat tudung2 ekpres tu kan.. tidak pun kain untuk baju renang ni…

Apa fungsi kain ini? Katanya sesuai untuk kanak-kanak autisma. Untuk terapi integrasi sensori. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah kunjungi web laceandfabric.com.

~ Ok tatatatata… ;-)


Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: