KoKuriKulum Pendidikan Khas
riamarteen2010 on February 3rd, 2012. Under Pendidikan Khas ( Learning Disability), Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Tingkah Laku, Prasekolah Pendidikan Khas1. Masalah Pendengaran, Penglihatan dan Pemulihan Khas mengikuti sukatan aliran perdana
2. Masalah Pembelajaran terbahagi kepada beberapa bidang
2.1 Bidang Pengurusan Kehidupan
2.1.1 Pengurusan Diri
2.1.2 Kemahiran Panipulatif
2.1.3 Tingkahlaku
2.1.4 Kemahiran Hidup
2.2 Bidang Akademik Berfungsi
2.2.1 Bahasa Melayu
2.2.2 Matematik
2.2.3 Bahasa Inggeris
2.2.4 Multimedia
2.3 Bidang Kerohanian & Nilai Murni
2.3.1 Pendidikan Islam
2.3.2 Pendidikan Moral
2.4 Bidang Sosial, Riadah & Kreatif
2.4.1 Pendidikan Jasmani
2.4.2 Pendidikan Seni
2.4.3 Pendidikan Muzik
2.4.4 Sains Sosial & Alam Sekitar
2.5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Tips Mudah Menangani Murid Kurang Tumpuan / ADHD
riamarteen2010 on January 27th, 2012. Under ADHD/ADD, AUTISMA, Catatan Rasa untuk Rekod, Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Tingkah Laku, Prasekolah Pendidikan KhasTahun ini Teacha ada dua puteri yang cantik… Satu Leesa yang didiagnostik ADHD dan satu lagi Veee yang didiagnostik Autisma.
Siapa yang diagnostik mereka ni? Bukan Teacha tau, bukan juga guru – guru yang lain… guru bukan pengamal perubatan mahupun orang yang layak mengesahkan seseorang murid itu Autisma / ADHD / Slow Learner dan seumpamanya…
Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik berlaku ke atas guru, usah sesekali berani melabelkan atau mengesahkan sendiri anak murid kita itu Autisma/ADHD/ dan seumpamnya…. guru hanya boleh membuat semakan / ujian awal dan doktor / pakar psikiatri yang sahkan. Yeelah, sekarang ini ibubapa murid semuanya tahap educated., nanti kena saman tau…. so jum kita berhati – hati …
Bagi guru – guru khas mungkin kurang sikit risikonya. Cuma untuk guru – guru perdana yang kurang pendedahan bolehlah merujuk kepada guru – guru khas. Setidak pun kalau tidak guru khas di sekolah anda, anda boleh mencari senarai semak awal yang ada di internet ini…. belajarlah…. Ingat! Jangan nak label anak orang…
Si Cantik Leesa
Berbalik kepada Si Cantik Leesa. Sejuk saja mata memandang…. Macam mana nak mengendalikan Leesa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran erk… Leesa umpamanya, suruh dan menyediakan dia buat kerja mengambil masa 10 minit, tumpuan untuk melaksanakan tugasaannya cuma 5 minit… Apapun itu sudah cukup baik. Alhamdulillah.
Membina Sistem
Di peringkat persekolahan seorang ADHD agak ‘kucar – kacir’ (disorganized) sifatnya, di mana mereka belum dapat mengurus diri mereka. Seperti menjaga alat tulis mereka sendiri, menyimpan semula buku sendiri ke dalam bag.
Sehubungan dengan itu, kerjasama ibubapa dan guru di sekolah amatlah perlu untuk membina satu sistem untuk anak ini. Seperti dalam membezakan buku mata pelajaran mereka dengan menggunakan kod warna. Kod warna dilekatkan di atas buku ( bagi kes anak yang belum boleh membaca).
Begitu juga dengan ‘menjaga’ harta sendiri. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.
Kreatif dan Fleksibel
Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah p&p yang konservatif.
Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan… Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya…mengapa tidak…
Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosi….
.
Tugasan Manipulatif
Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu)…
Kontak Mata
Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya.
Sumber:
1. Pengalaman
2. Internet
Murid Nakal Cikgu Bengang…
riamarteen2010 on January 27th, 2012. Under ADHD/ADD, Bahan Rujukan, Pendidikan Khas ( Learning Disability), Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Tingkah LakuBismillahirahmanirahim….
Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an… eh adakah 20 an…
. hehehe….
Seperti kebiasaan, awal tahun adalah ‘proses kritikal’ sebahagian daripada ibubapa, guru dan juga murid itu sendiri terutamanya mereka yang masih baru dari segi pengalaman.. Umpamanya, ibubapa muda yang baru pertama kali mendaftar anak dan mengurus anak ke sekolah. Guru yang baru pertama kali mengajar di sekolah itu atau mungkin juga baru bertugas sebagai guru… dan tidak lupa juga kepada murid…. murid prasekolah dan juga mungkin murid tahun satu yang masuk ke pengalaman baru….
Yeah, masing-masing ke satu lagi fasa kehidupan… yang menjanjikan seribu satu warna yang mendewasakan…
Awal – awal tahun begini perkara biasa yang dihadapi oleh guru ialah ekspetasi kepada kemahiran dan perkembangan sedia ada murid. Setiap murid terutama murid murid tahun prasekolah dan tahun satu seharusnya sama dari segi perkembangan mereka samada dari segi perkembangan emosi mahupun akademik.
Maksudnya, kebersediaan mereka untuk ke sekolah sudah ada di setiap individu murid. Dan kebersediaan ini merangkumi kecepatan mereka mempelajari kemahiran pengurusan emosi, pengurusan diri dan apa jua yang guru ajarkan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi semua individu.
Dua minggu persekolahan adalah terlalu awal dalam menilai perkembangan murid terutamanya bilamana kebanyakkan murid yang datangnya daripada latar belakang ‘kampung’ dan tidak pernah pun bersekolah sebelum ini atau belajar itu bukan budaya di rumahnya.
Latar belakang adik beradik juga bukan satu lesen bagi kita untuk cepat memberi kesimpulan awal bahawa satu-satu murid yg baru bertatih ke sekolah itu juga mewarisi ‘kelembapan’ atau kurang tumpuan saudaranya dalam belajar.
Bagilah peluang untuk diri sendiri mempelajari ‘sifat dan sikap’ anak itu dalam menilai potensi perkembangannya. Jika tempoh, usaha dan proses sudah disepakati barulah buat kesimpulan..
Setelah itu barulah kita usahakan untuk membantunya mengikut keperluannya.
Keterlibatan dan Pemakluman.
Perkara terawal yang boleh diambil ialah ibubapa harus dimaklumkan apa yang ‘sedang berlaku’ terhadap anak mereka di kelas. Komunikasi yang baik diantara ibubapa dengan guru adalah penting agar perkara sebenar sampai maksudnya. Bagaimanapun, sebelum itu perlu ada rujukan dengan guru – guru yang pernah yang mengajar anak murid tersebut ( jika ada ) berhubung dengan sejarah prestasi akademik mahupun bukan akademik murid itu. Ini perlu bagi menunjukkan guru ada fakta dalam memahamkan ibubapa.
Mintalah Bantuan.
Jangan malu untuk minta bantuan daripada rakan sejawat terutamanya guru – guru pendidikan khas yang ada di sekolah atau pun di sekolah sebelah. Minta mereka membuat pemerhatian terhadap murid itu samaada jangkaan kita betul atau tidak. Pada biasanya seorang guru pendidikan khas integrasi mudah untuk mengenal pasti murid khas pada ‘pandangan pertama’. Bagaimanapun tahap ‘Learning disability’ murid itu perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan bahawa anak murid itu boleh terus di kelas perdana atau ke kelas khas.
Selain itu, guru juga boleh meminta bantuan daripada pakar psikiatri mahupu pengamal perubatan lainnya. Namun dalam konteks sekolah integrasi, perkara ini boleh dilakukan dengan kerjasama guru pendidikan khas yang ditugaskan.
Internet juga antara sumber maklumat yang mudah bagi kita dalam mencari bantuan. Selain daripada membantu dalam persoalan kita maklumat dalam internet yang berkaitan boleh menambah ilmu pengetahuan kita mengenai anak – anak khas ini. Ilmu adalah penting untuk kita lebih bersedia dan juga sebagai langkah awal yang boleh kita lakukan sebelum meminta bantuan lainnya.
Bersabarlah, Belas kasihanlah dan Fahamilah
Tiga ungkapan yang bukan mudah untuk dilakukan oleh semua orang dalam satu – satu situasi apalagi dalam kita menangani seorang murid yang hyperaktif. Bagaimanapun itulah perkara yang perlu kita lakukan dalam tempoh urusan mengenalpasti dan juga penempatan muri ini.
Bersabarlah – Bersabarlah dengan karenahnya. Kalau dia lari keluar dari kelas maka kejarlah dia. Terpaksalah mengorbankan yang lain tinggal dalam kelas buat sementara waktu. Kalau dia tidak mendengar kata, bersabarlah bukan dia tidak mendengar kata, sebaliknya boleh jadi dia tidak memahami kata kita….
Belas Kasihanlah – Kasihanlah dia dan jangan marahkan dia semena – menanya. Dia pun tidak tahu yang dia itu ada ADHD. Kalau kita marahkan dia dan dia tiada respon maka kita sendiri yang naik tekanan..
Fahamilah – Fahamilah keperluannya dan limitasinya. Tidak mendengar kata kita bukan bermakna dia tidak akan mengikuti semua kata kita. Dia akan ikut kata kita namun dalam tempoh yang singkat memandangkan limitasinya dalam tumpuannya. Bukan dia malas… itulah limitasinya… Berdamailah dengan dia bukan membuat provokasi.
Bina Peraturan Yang Konsisten
Samada murid perdana mahupun murid khas guru perlu menyediakan peraturan dalam membentuk disiplin murid. Bagi murid khas terutamanya murid ADHD yang kita ketahui lebih kepada masalah tingkah laku, peraturan yang jelas dan konsistensi adalah perlu.
Mereka memerlukan jadual berstruktur untuk memperingati perkara yang mereka perlu lakukan dan patuhi setiap hari. Tetapkan matlamat yang mudah untuk dicapai dan laksanakan secara konsisten.
Usah biasakan memberi ganjaran berbentuk fizikal seperti hadiah pen. Usahakan ganjaran seperti duduk di kerusi guru (menunjukkan kita caring padahal kita nak kawal dia..
), membaca / membelek buku kegemarannya atau menggunakan komputer untuk pembelajaran.
Mudahkan dia mencapai matlamat dan Raikan kejayaanya.
Fitrah manusia sangat bahagia bila mencapai matlamat dan juga kejayaan. Begitu juga murid-murid khas ini. Bagaimana mereka mencapai kejayaan? Mencapai matlamat dan meraikan kejayaan ?
Kita permudahkan dia mencapai matlamatnya dengan memudahkan targetnya. Jika murid perdana kita selalu ingatkan ‘A’ adalah pencapaian terbaik, bagi murid khas kita ingatkan bahawa ‘C” adalah pencapaian. Bukan merendahkan mereka, kita harus praktikal dan realiti dalam menetapkan matlamat untuk mereka seupaya dengan limitasi mereka.
Apabila matlamatnya tercapai, jangan lupa meraihkannya. Self esteem mereka mula meningkat. Berikan peransang kepada murid ini dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasakan dan meraihkan kejayaan. Dengan itu, InsyaAllah akan mudah untuk goal seterusnya.
Video Modelling Versi TCH
riamarteen2010 on December 13th, 2011. Under ADHD/ADD, AUTISMA, Catatan Rasa untuk Rekod, Diary Es, Pendidikan Khas ( Learning Disability), Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Tingkah Laku, Prasekolah Pendidikan KhasPernah suatu hari Teacha amat terkejut, terkejut yang amat ataupun terkejut bin amat bila Si Nas bergaduh dengan Si HY…. Mau taknya Teacha marah… namun bukannya dengan budak2 tu.. marah dengan ‘pengaruh’ yang telah mempengaruhi mereka. Namun Teacha kena nasihat jugaklah dengan Nas dan HY, bagi nasihat seperti anak-anak ‘normal’, bagitahu perbuatan tu bahaya, sangat tidak bagus, pengaruh tv, siap dengan kasi lagi..
Bersungguh Teacha bagutau mereka dengan harapan harap mereka faham. Penat Teacha menyusun perkataan walaupun HY kelihatannya ketawa terkekek-kekek tengok gaya Teacha dan si Nas buat mata garang dgn Teacha…. ermm….. tidak puas hati lah tu.
Apa yang mereka berdua ni telah lakukan? Sebelum lebih baik Teacha gambarkan fizikal mereka. Kedua-duanya berusia 6 tahun namun kedua-duanya mempunyai saiz fizikal seperti kanak-kanak 3 tahun. Nas kategori Sindrom William (dlm diagnostik menyatakan global development delay namun Teacha byk melihat ciri2 SW dlm dirinya) manakala HY Microcephaly.
Mereka saling mencekik ! Si Nas siap dengan pakej muka ‘penjahat’ yg selalu kita tgk dalam TV. Hah!!! berkerut seribu dahi Teacah dibuatnya melihat ‘emosi’ dan ekspresi Nas persis muka sang penjahat. Dengan mimik melakukannya dengan penuh perasaan. Geram benar dia dengan HY. HY walau saiz tapak tangannya bahagi dua tapak tangan Teacha dan jari jemarinya yang sangat comel kalau memukul, berbekas jua…. Biasanya jika mereka berkelahi Teacha biarkan dalam satu tempoh untuk melihat cara mereka menyelesaikan masalah mereka.
Namun untuk kali ini agak berbeza daripada biasa ‘action’ mereka ini. Ditambah pula ketika itu hanya Teacha seorang saja orang dewasa ketika itu. Kalau diperhatikan lama-lama boleh nayah Teacha, silap perhati boleh jadi kes guru tidak pandai menjaga..hohohoho…
Ini kes berat budak dua orang ni ! Monolog Teacha… yee lah mau cakap dengan siapa dah namanya pun sorang-sorang.. Kalau dah situasi begini tawakal sahajalah. Kakitangan mulut kena bekerja serentak !
Tidak sukar untuk meleraikan mereka sebab saiz fizikal mereka bukannya besar mana. Itu kira bonus buat Teacha yang sedang ‘menjaga’ mereka dan yang lain2 sorang-sorang. Namun itu bukan isunya, isunya ialah bagaimana mereka boleh berperilaku sedemiakian? Terutamanya Nas, persis orang dewasa…cara dia mengekspresikan wajahnya, cara dia berperilaku seolah-olah sedang memarahi orang lain, mulutnya kumat kamit. Yang satu lagi ni HY, juga membalas….walau dia memberi reaksi ‘ketawa-ketawa’ namun ‘pukulannya’ kuat. HY ni, kekasaran itu sudah biasa baginya… bermesra baginya kasar bagi orang lain. Itu yang buat Nas menyampah tahap gaban gamaknya…
Perilaku anak-anak ini banyak mereka perolehi daripada apa yang mereka pernah lihat. Samaada yang mereka lihat / tiru itu baru 1 minit lalu/ 1 jam lalu / 1 hari yang lalu tergantung kepada limitasi penerimaan mereka. Dalam kes Nas dan HY, kedua-dua mereka ini punya kelebihan dalam meniru perbuatan terutamanya berbentuk visual berbanding arahan berbentuk lisan apalagi tulisan.
Encik, si Nas ni kalu dirumah dia suka tengok rancangan rancangan ganas-ganas kah ?
Iya cikgu, dia suka tengok yang gaduh2, perang, gusti2….dia marah tu kalau orang tukar channel. di rumah dia yang ketua …. (lebih kuranglah ayatnya tu).
Lain kali jangan biasakan dia tengok macam tu ya.. Kita tau juga kan yang dia ni cepat belajar kalau tgk tv… tadi dia bergadih dengan HY, saya tgk dia bersungguh2 bergaduh mcm yang d Tv tu……
Iyalah cikgu, nanti saya bgtau juga mamanya….
Iya… kalau masih kecil begini kita bleh kawal…takut nanti besar susah mau dikawal….. bagi dia tengok lagu / rancangan kanak-kanak….
Sepertimana kanak-kanak ‘normal’, kanak-kanak khas juga boleh belajar melalui peniruan /modelling. Tambahan bilamana kebiasaannya kanak-kanak khas SW, Autisma atau ADHD lebih mudah mengikuti arahan/cue berbentuk visual. Teori pembelajaran ini tidak perlulah Teacha ceritakan kan kan kan……
Berdasarkan daripada sudut ‘kelebihan’ mereka ini, dalam p&p Teacha banyakknya buat aktiviti berbentuk gerakkan fizikal dan nyanyian serta seni beranding kaedah kertas dan pensil. Untuk teknik Video Modelling, Teacha buat teknik VM sendiri…. apa tu Video Modelling????
Video Modelling
Panjang lebar Teacha bercerita sebenarnya Teacha nak kongsikan satu teknik pengajaran ‘video modelling’ . Jenuh sudah Teacha buat ‘body modelling’ bulan ke tiga baru korang dapat ikut…. hehe… ‘video modelling’ versi Teacha ni… seribu kali replay pun tak pa.. PC tu takkan marah punya…..asyik muka kita jew…
.
Tahap penerimaan anak-anak murid Teacha tidak sama. Ada tujuh orang, maka ada tujuh tahaplah penerimaannya. Yang penting ada yang cepat ada yang lambat ada yang ‘excited’ ada yang ‘blurr2′…. apapun, dipenghujungnya semua boleh ikut…. Yang menariknya H2, orang lain dah ke sesi seterusnya /duduk berehat dia baru nak mula. Drn pun – orang lain dah mula mewarna dia baru nak konker skrin PC. Dilihatnya orang dalam skrin PC itu bersungguh-sungguh seolah-olah dia pun nak masuk ke dalam skrin PC. Tangannya bergerak2, kakinya bergerak2 namun belum dapat mengikut gerakkan yang betul. Ini kes koordinasi belum betul…namun InsyaAllah jika ditayangkan berterusan baru sampai ‘maklumat’ itu ke dalam otak seterusnya ke ototnya….
Video Modelling adalah sebahagian daripada aktiviti dalam program ABA yang digunakan untuk modifikasi tingkah-laku. Dikatakan teknik ini antara teknik yang mudah digunakan dan diperhatikan. Ada kajian menyatakan bahawa teknik VM ini efektif dalam membantu kanak-kanak Autisma dalam meningkatkan kemahiran dan juga memcapai target perilaku diingini seperti berikut :
- Tingkah – laku intervasi awal
- Kemahiran fungsional dan akademik
- Kemahiran komunikasi
- Kemahiran rutin
- Kemahiran bermain
- Social Initiation
- Persepi emosi
- Spontaneous requesting
- perspective taking
Teknik ini juga dinyatakan praktis diaplikasikan ekoran beberapa limitasi / karektor kanak-kanak itu sendiri :-
- tumpuan mudah terganggu
- ruang tumpuan terhad
- lebih cenderung kepada ransangan bersifat visual dan cue arahan visual
- mengelak interaksi bersemuka / kontak mata
- lebih boleh bersedia untuk memproses maklumat visual berbanding arahan lisan.
Apa yang baiknya, kaedah VM ini boleh ulang tayang tanpa menggunakan kos yang tinggi. Walaupun VM di dalam konteks ABA ini ditujukan kepada anak-anak Autisma, Teacha juga membuatnya versi teacha untuk anak-anak khas yang lainnya yang punya limitasi/kelebihan yang sama sepertimana yang terdapat dalam anak autisma. Dan nampaknya ia menampakkan hasil. Teacha hanya mendownload video yang terdapat di Youtube… Dari segi penggunaan bahas Inggeris, tidak memberi masalah yang banyak memandangkan most murid teacha will understand english yoo….. yang faham pun sekurang-kurangnya mereka suka akan irama muzik dan dapat mengikuti gerakkan …
SUMBER: Abang google suruh taip video modelling for Autism…
Dui….apasal video tidak muncul2?????





















