Offline

Hari ini Teacha berkesempatan mengkaji serba sedikit KKSR Tahun 1 bagi Mata Pelajaran Pengurusan Kehidupan. Apa yang Teacha dapai ianya tidak banyak berbeza dengan apa yang ada di KSPK Prasekolah Integrasi. Oleh itu adalah tidak sesuatu yang harus Teacha perlu ‘terasa’ sekiranya ada teman-teman di PPKI mengatakan yang murid yang graduat dari Prasekolah PPKI atau mana2 PraPPKI sekalipun tidak cukup syarat untuk masuk kelas PPKI.

Jom kita tengok apa yang ada dalam KSSR Tahun 1 Pengurusan Kehidupan.

Dalam MP Pengurusan Kehidupan terdapat TIGA Komponen iaitu :

1. Komponen Pengurusan Diri.

Komponen ini merupakan keperluan asas untuk dikuasai oleh seseorang murid PPKI agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran – kemahiran yang lain.

Sehubungan dengan itu, antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dan juga PPM ialah bekerjasama dalam melatih murid untuk berdikari dalam menjalani kehidupan seharian MENGIKUT KEMAMPUAN MURID. Dalam proses ini, pihak guru dan PPM harus menyediakan situasi sebenar dalam pembelajaran bagi memudahkan murid mengadaptasi kemahirian dalam kehidupan sebenar.

Teacha amat terlikan dengan beberapa sikap yang terus menyatakan murid itu gagal pengurusan diri tanpa memberi peluang dan panduan kepada murid tersebut terutamanya di awal tahun persekolahan. Murid tidak diberi peluang belajar dan mengenal  situasi baru / selok belok  ’rumah baru’ mereka terus di chop tidak pandai ke tandas. Bagaimana murid mahu ke tandas sekiranya di mana tandas dia pun tidak tahu.

2. Komponen Pengurusan Tingkah Laku

Dalam komponen ini, perkara yang diberi penekanan iaah modifikasi tingkah laku. Modifikasi tingkah laku yang tidak dikehendaki / negatif yang boleh menggangu pembelajarannya dan juga pembelajaran orang lain. Selain itu, komponen ini juga sebagai pengukuhan tingkah -laku positif sedia ada murid. Perkara ini penting dalam meningkatkan keyakinan diri murid.

Pengajaran dan pembelajaran PTL menitik beratkan penerapan nilai-nilai murni dan juga pegukuhan nilai positif sedia ada.

3. Komponen Kemahiran Manipulatif

Komponen ini berfokus kepada kemahiran kemahiran motor halus, motor kasar dan kemahiran pengamatan di mana kemahiran ini amat penting sebagai asas kepada kemahiran matematik, sains dan kemahiran membaca murid selain daripada kemahiran penggunaan serta pengaplikasian peralatan.

Seperti yang dinyatakan dalam DRAF Dokumen KSSR Tahun SATU Pengurusan Kehidupan, guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuain mengikut keperluan murid. Maka, saya befikir ini adalah satu perkara yang positif untuk guru lebih kreatif, inovatif dan rajin dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Untuk pembelajaran, lembaran kerja boleh dijadikan sebagai penilaian kefahaman murid menegenai apa yagng telah mereka pelajari.

 

Baca

read

Lakukan

Do it

berdiri

stand up

belari

 

running

duduk

sit down

berjalan

 

walking

melompat

 

jumping

membaca

 

reading

menulis

 

Writing

mewarna

colouring

tidur

 

sleeping

makan

 

eating

minum

 

drinking

menonton

televisyen

 

watching

television

bermain komputer

 

play computer

bermain

playing

 

 

 

KERTAS KERJA

 JOM TERAPI

TERAPI BERKUDA

 

ANJURAN:

UNIT KOKUM PPKI SKBP 2012

 

\

 

PADA:

 

 

TEMPAT:

 

 

 

 

 

1.0          PENDAHULUAN

Murid Pendidikan Khas Intergrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa ketidak upayaan dari segi emosi, mental dan fizikal. Ketidak upayaan mereka merupakan limitasi mereka dalam perlaksanaan pembelajaran dan tidak menjalakan pembelajaran seperti mana murid perdana.

Oleh yang demikian, kurikulum pendidikan khas adalah fleksibel yang membolehkan guru – guru pendidikan khas mengubahsuai perlaksanaan aktviti penngajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pengubahsuain ini perlu bagi memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid PPKI.

Program Terapi ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid PPKI yang mana murid – murid khas ini didedahkan dengan dunia luar dan pengalaman menunggang kuda. Dengan itu, murid – murid PPKI lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah. Tambahan pula, terapi berkuda dapat membantu menambahbaik pergerakkan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi membantu menambah kemahiran kehidupan seharian.

Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

2.0          OBJEKTIF

Program Terapi berkuda mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:

  • Menanam sifat yakin diri dan keberanian. Disiplin dan membentuk imej.
  • Pendedahan kepada kehidupan luar. Boleh berinteraksi dengan masyarakat luar.
  • Tanam sikap tanggungjawab dan menghormati.
  • Membantu membentuk pergerakkan dan kekuatan anggota.

3.0       RASIONAL

Perlaksanaan program ini memberi peluang kepada  murid – murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat secara lansung haiwan kuda dan melakukan aktiviti terapi berkuda.

Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu dalam menimbulkan minat belajar sekaligus mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dan bermakna dikalangan murid – murid PPKI.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid – murid khas ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan murid – murid PPKI dan juga pihak  SK Bukit  amnya.

 

4.0        KUMPULAN SASARAN

1. Murid Pendidikan Khas Integrasi  yang terdiri daripada :-

  • Seramai 26 orang murid ( dua orang murid Prasekolah PPKI )
  • Seramai 10 orang guru
  • Seramai 5 orang pembantu pengurusan murid

5.0        TARIKH DAN TEMPAT

Tempat            :

Tarikh              :

 

6.0   ANJURAN

  • Unit Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit.

7.0        JAWATANKUASA PELAKSANA  LAWATAN

-          Rujuk lampiran A

 8.0        ANGGARAN PERBELANJAAN

-          Rujuk lampiran B

 9.0        SENARAI PESERTA

-          Rujuk lampiran C

 10.0       JADUAL AKTIVITI

-          Rujuk lampiran D

 

 

11.0       PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi SKBP dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya.

Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Masalah Pendengaran, Penglihatan dan Pemulihan Khas mengikuti sukatan aliran perdana

2. Masalah Pembelajaran terbahagi kepada beberapa bidang
2.1 Bidang Pengurusan Kehidupan
2.1.1 Pengurusan Diri
2.1.2 Kemahiran Panipulatif
2.1.3 Tingkahlaku
2.1.4 Kemahiran Hidup

2.2 Bidang Akademik Berfungsi
2.2.1 Bahasa Melayu
2.2.2 Matematik
2.2.3 Bahasa Inggeris
2.2.4 Multimedia

2.3 Bidang Kerohanian & Nilai Murni
2.3.1 Pendidikan Islam
2.3.2 Pendidikan Moral

2.4 Bidang Sosial, Riadah & Kreatif
2.4.1 Pendidikan Jasmani
2.4.2 Pendidikan Seni
2.4.3 Pendidikan Muzik
2.4.4 Sains Sosial & Alam Sekitar

 2.5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Tahun ini Teacha ada dua puteri yang cantik…  Satu Leesa yang didiagnostik ADHD dan satu lagi Veee yang didiagnostik Autisma.

 Siapa yang diagnostik mereka ni? Bukan Teacha tau, bukan juga guru – guru yang lain… guru bukan pengamal perubatan mahupun orang yang layak mengesahkan seseorang murid itu Autisma / ADHD / Slow Learner dan seumpamanya…

Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik berlaku ke atas guru, usah sesekali berani melabelkan atau mengesahkan sendiri anak murid kita itu Autisma/ADHD/ dan seumpamnya…. guru hanya boleh membuat semakan / ujian awal dan doktor / pakar psikiatri yang sahkan. Yeelah, sekarang ini ibubapa murid semuanya tahap educated., nanti kena saman tau….  so jum kita berhati – hati … ;-)

Bagi guru – guru khas mungkin kurang sikit risikonya. Cuma untuk guru – guru perdana yang kurang pendedahan bolehlah merujuk kepada guru – guru khas. Setidak pun kalau tidak guru khas di sekolah anda, anda boleh mencari senarai semak awal yang ada di internet ini…. belajarlah…. Ingat! Jangan nak label anak orang… ;-)

Si Cantik Leesa

Berbalik kepada Si Cantik Leesa. Sejuk saja mata memandang…. Macam mana nak mengendalikan Leesa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran erk… Leesa umpamanya, suruh dan menyediakan dia buat kerja mengambil masa 10 minit, tumpuan untuk melaksanakan tugasaannya cuma 5 minit… Apapun itu sudah cukup baik. Alhamdulillah.

 

Membina Sistem

Di peringkat persekolahan seorang ADHD agak ‘kucar – kacir’ (disorganized) sifatnya, di mana mereka belum dapat mengurus diri mereka. Seperti menjaga alat tulis mereka sendiri, menyimpan semula buku sendiri ke dalam bag.

Sehubungan dengan itu, kerjasama ibubapa dan guru di sekolah amatlah perlu untuk membina satu sistem untuk anak ini. Seperti dalam membezakan buku mata pelajaran mereka dengan menggunakan kod warna. Kod warna dilekatkan di atas buku ( bagi kes anak yang belum boleh membaca).

Begitu juga dengan ‘menjaga’ harta sendiri. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.

Kreatif dan Fleksibel

Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah p&p yang konservatif.

Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan… Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya…mengapa tidak…

Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book  dengan intonasi dan emosi…. ;-) .

 Tugasan Manipulatif

Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu)… ;-)

 Kontak Mata

Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya.

 Sumber:

1. Pengalaman

2. Internet


Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: