Offline

 

quran bismillah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Semoga rakan-rakan dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sehinggah hari ini Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang masih membolehkan saya gagah untuk melaksanakan tugas saya.

Berhadapan dengan beberapa perkara yang ‘kami’ dan saya hadapi dan dimaklumkan beberapa hari kebelakangan ini membuatkan saya teringat soalan yang diemailkan kepada saya suatu masa dulu. ” apakah isu-isu yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas ?”  pendek sahaja soalannya. Namun soalan itu saya telah ‘publish’kan di blog saya sebelum itu lagi.

Bagaimanapun, dengan melihat ‘kesungguhan’ arus pendidikan khas yang ingin sekali “adil dan saksama” bersama dengan arus perdana sedikit sebanyak menyentak  kotak fikiran saya dan juga bual bicara kami serakan kerja yang majoritnya adalah pelaksana dasar.

Mungkin terlalu awal bagi kami membuat kesimpulan bahawa sesuatu “dasar” / “projek” yang sedang mula dilaksanakan itu adalah tidak praktikal untuk murid pendidikan khas LD. Memandangkan melihat beberapa perkara sebelum ini pun belum dilaksanakan sepenuhnya dan dimahiri oleh pelaksana yang terdiri daripada guru-guru dan juga ada perkara lain yang lebih perlu diutamakan seperti prasarana kelas ppki itu sendiri dan pembangunan kemahiran guru-guru.(

Apapun, mahu tidak mahu guru-guru harus memandang perkara ini sebagai perkembangan yang positif dalam memastikan bidang pendidikan khas ini seiring dengan pembangunan pendidikan arus perdana. Jom kita ulangkaji Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Dalam mencapai kemakmuran negara, rakyat yang dilahirkan adalah seimbang dari segi ilmu pengetahuan, ketrampilan, berakhlak, berkeupayaan mensejahterakan diri sendiri dan memberi manfaat kepada masyarakat dan negera keseluruhannya. Kanak-kanak khas juga termasuk ahli komuniti yang termasuk dalam alur sebarang perancangan / dasar pendidikan negara.

Mari kita lihat pula Falsafah Pendidikan Khas

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas adalah usaha untuk melahirkan  insan yang BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI. Dalam melahirkan insan khas yang ada sifat yang dinyatakan harus ada usaha yang selari, usaha satu alur antara penggubal dan pelaksana dalam perancangan satu – satu program yang ingin diperkenalkan dan dilaksanakan.

 

 

 

 

 

 


Leave a Reply


Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: