Contoh Kertas Kerja Korikulum Program Penddidikan Khas Integrasi
riamarteen2010 on March 14th, 2011. Under Pendidikan Khas ( Learning Disability), Pengajaran dan Pembelajaran, Prasekolah Pendidikan Khas
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
ANJURAN:
PRASEKOLAH PERDANA DAN PRASEKOLAH INTEGRASI
PADA:
29 JULAI 2010
TEMPAT:TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI
1.0 PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti julung-julung kali bagi Kelas Prasekolah Perdana dan Prasekolah Integrasi SK ke Zoo Lok Kawi
Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid prasekolah yang mana murid – murid khas ini didedahkan dengan hidupan haiwan yang sebenar. Dengan itu, murid – murid prasekolah lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah.
Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.
2.0 OBJEKTIF
Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:
i) Mendedahkan murid pendidikan khas mengenai dunia sebenar hidupan haiwan di zoo.
ii) Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.
iii) Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.
3.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini tidak lain daripada memberi peluang kepada murid – murid Kelas Prasekolah Perdana dan Prasekolah Integrasi ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat persekitaran sebenar hidupan haiwan.
Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dikalangan murid – murid prasekolah.
Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid – murid khas ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan murid – murid prasekolah dan juga pihak SK amnya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
1. Warga Prasekolah Perdana yang terdiri daripada :-
- Seramai 25 orang murid
- Seramai 1 orang guru
- Seramai 1 orang pembantu pengurusan murid
- Seramai 1 orang guru pengiring tambahan
2. Warga Prasekolah Integrasi yang terdiri daripada:–
□ Searamai 8 Orang murid
□ Seramai 1 orang guru prasekolah
□ Seramai 1 orang pembantu pengurusan murid
□ Seramai 1 orang guru pengiring tambahan
5.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tempat : Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Tarikh : 29 Julai 2010
6.0 ANJURAN
- Kelas Prasekolah Perdana dan Prasekolah Integrasi SK
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN
- Rujuk lampiran A
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
- Rujuk lampiran B
9.0 SENARAI PESERTA LAWATAN
- Rujuk lampiran C
10.0 JADUAL AKTIVITI
- Rujuk lampiran D
11.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga Kelas Prasekolah Perdana serta Prasekolah Integrasi SK dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya.
Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.




