Offline

Pengurusan Tingkah Laku 2

aribiy2010 on May 7th, 2009. Under Pengurusan Tingkah Laku

Definisi Pengurusan Tingkah laku.
PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.

Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :
v Jenis perlakuan yg dinilai
v Kekerapan perlakuan
v Keadaan semasa perlakuan dinilai

Konsep Pengurusan Tingkah Laku
- Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan
- Langkah asas:-
v Kenal pasti tingkah laku
v Tentukan sasaran
v Pilih strategi, kaji kesan
v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru

Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini

2. Teknik pencegahan (preventive techniques)
v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima

3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)
v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah
v Caranya:-
v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.

Teknik – teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling

***Sumber: Pelbagai


Comments in this topic:

There are 2 replies in Pengurusan Tingkah Laku 2
  1. thanks for the info n congrates to the blog's owner..a lot of information about special education that i can discover here..its help me a lot in completing my practical folio..keep up ur good work..!

    ^_^
    shikin

  2. thanks for the info n congrates to the blog's owner..a lot of information about special education that i can discover here..its help me a lot in completing my practical folio..keep up ur good work..!

    ^_^
    shikin

Leave a Reply


Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: